CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

May 03, 2009

Aktiviti 2: Secara Berkumpulan

Refleksi Selepas Mengikuti Kursus Kaedah Mengajar..

Tajuk yang dipilih ialah Mikroorganisma.

Masalah-masalah yang dihadapi:-
  1. Terminologi yang digunakan dalam penamaan dan pengkelasan mikroorganisma terlalu banyak dan agak asing bagi pelajar-pelajar menjadikan ia sukar difahami dan diingat. Contohnya: Pathogen, Fungi
  2. Kesukaran dalam membezakan ciri-ciri setiap kelas.
  3. Mengandungi subtopik yang banyak dan memerlukan masa yang agak panjang untuk dikuasai.

Matlamat

- Pelajar dapat memahami dan menguasai topik mikroorganisma dengan baik.


Objektif
  1. Pelajar dapat menciri dan mengelaskan jenis-jenis mikroorganisma.
  2. Pelajar dapat melukis contoh mikroorganisma bagi setiap kumpulan untuk menunjukkan perbezaan.

Strategi yang dirancang:-
  • Meminta pelajar membina peta konsep untuk topik ini supaya mereka lebih jelas dengan kandungan topik secara keseluruhan terlebih dahulu.
  • Sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memperkenalkan istilah atau terminologi yang akan digunakan terlebih dahulu.Setiap kata kunci mestilah diberi penerangan dengan jelas supaya pelajar biasa menggunakan kata kunci tersebut semasa pembelajaran dan tidak mengganggu kefahaman mereka.
  • Menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai supaya lebih efisyen dan efektif.
  • Kaedah mengajar yang lebih kreatif dengan sistem berpusatkan pelajar boleh diaplikasikan bagi meningkatkan tahap penguasaan pelajar dalam topik ini.
  • Meminta pelajar melukis dan melabel setiap kelas mikroorganisma.


Pelaksanaan Tindakan

kami akan melaksanakannya di dalam kelas semasa pembelajaran dan pengajaran. Ada tindakan yang memerlukan masa yang agak panjang bergantung pada kemampuan pelajar.Jika pelajar agak lemah, masa yang digunakan untuk setiap pelaksanaan akan lebih panjang.
ABM yang akan kami gunakan adalah seperti video dan gambarajah. Kaedah makmal juga dilihat sebagai langkah berkesan untuk memberi peluang kepada pelajar melihat sendiri rupa bentuk mikroorganisma tersebut. Kami akan membawa sampel atau slaid ke dalam makmal, dan pelajar akan memerhati menggunakan mikroskop. Selepas memerhati mereka akan diarahkan melukis pemerhatian mereka untuk menggambarkan perbezaan setipa kumpulan mikroorganisma. Cara ini dilihat mampu membantu pelajar dalam bentuk visual. Selain itu, kami juga akan menggunakan kaedah perbincangan dalam kumpulan dan pembentangan di dalam kelas.


Pemantauan Pelaksanaan

Bagi memantau pelaksanaan setiap perancangan yang kami lakukan, salah satu cara adalah kami akan merujuk dan bertanya pendapat rakan- rakan yang lebih berpengalaman mengenai kaedah yang kami jalankan. Kami juga akan sentiasa melihat kemajuan yang ditunjukkan semua pelajar dalam menguasai topik ini.Pemantauan akan dilakukan berterusan supaya kami dapat mengesan kelemahan dan kekurangan yang ada dalam perancangan kami. Ini merupakan salah satu cara kami memperolehi maklumat dalam tindakan kami. Seterusnya setiap kelemahan, akan kami baiki dengan menggunakan alternatif yang lebih berkesan.


Refleksi / penilaian

Daripada pemantauan yang kami jalankan, kami akan refleks setiap tindakan kami.Keberkesanan pelaksanaan setiap perancangan kami, akan kami nilai melalui beberapa cara. Contohnya mengadakan kuiz atau sesi soal jawab bagi menguji kefahaman dan penguasaan pelajar dalam topik ini. Selain itu, kami juga boleh meminta pelajar melakukan pembentangan supaya setiap pelajar dapat menguasai topic ini dan proses pembelajaran menjadi lebih menarik. Jika pelajar menunjukkan pencapaian atau kemampuan yang baik dalam penilaian yang kami lakukan,ia menunjukkan perancangan kami berkesan dan sesuai digunakan. Jika masih ada pelajar yang tidak boleh memahami dan menguasai topik ini, ia menunujukkan perancangan dan tindakan kami memelukan penambahbaikan yang lebih mantap. Proses ini akan masuk ke kitaran ke dua.


Disediakan bersama

Ong Chee Kiong
Nurbahariah Baharin


0 comments: