CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

May 18, 2009

Kuliah yang ke-4

Literature Review: Kajian Perpustakaan @ Kajian tinjaun (literature review)

Kajian perpustakaan merupakan langkah yang paling mula-mula perlu diambil untuk melakukan kajian tindakan. Kajian perpustakaan adalah penting untuk memperkukuhkan sesuatu kajian tindakan yang ingin dilakukan. Kajian perpustakaan dilakukan berdasarkan kepada buku, jurnal, artikel seminar dan laporan di mana ia melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi.

Kepentingan

- dapat membandingkan dengan orang lain
- dapat mengelakkan kelemahan yang sama dilakukan
- menambahbaik teknik yang telah sedia ada


Proses-proses yang terlibat dalam kajian perpustakaan ialah:
  1. Membanding-beza
  2. Menganalisis
  3. Menilai
  4. Membuat kesimpulan
  5. Mensintesis

1. Membanding-beza

Mencari persamaaan dan perbezaan berdasarkan kriteria-kriteria tertentu iaitu ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa. Kemahiran ini digunakan apabila terdapat 2 atau lebih ciri. Membuat pilihan atau kepentingan atau keputusan yang terbaik.


2. Menganalisis

Proses yang paling kompleks kerana melibatkan beberapa kemahiran berfikir. Bahan yang telah dibaca perlu dihubungkaitkan dan dihuraikan kepada bahagian yang lebih ringkas bagi mendalami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat. Selain itu, fakta atau maklumat yang ingin disampaikan dapat difahami dengan lebih jelas.


3. Menilai

Proses membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti dan dalil yang sah. Kemahiran ini digunakan untuk membentuk keputusan bagi memilih sesuat dan terima atau menolak sesuatu idea. Ini kerana, tidak semua maklumat yang diperolehi boleh diterima dan digunapakai didalam sesebuah kajian tindakan.


4. Membuat kesimpulan

Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan. Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, membuat penjelasan, meramal dan menyokong sesuatu pernyataan.

5. Mensintesis

Proses ini adalah menggabungkan idea, item atau unsur untuk membentuk sebuah gambaran secara menyeluruh samada dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan atau artifak.

0 comments: