CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

May 24, 2009

Tugasan Satu: Ulasan Buku

Nama Pengarang : Jean McNiff & Jack Whitehead
Tahun Terbitan : 2006
Tajuk Buku : All You Need To Know About Action Research
Negeri Penerbit : London. Thousand Oaks. New Delhi
Nama Penerbit : SAGE Publications


Konsep
Kajian Tindakan

Kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri yang membolehkan seseorang menilai dan menyiasat hasil kerja mereka sendiri. Ia juga merupakan satu pembelajaran profesional. Kajian tindakan tidak terhad kepada orang tertentu sahaja dimana sesiapa sahaja boleh melakukan kajian tindakan. Pengkaji akan mengkaji diri mereka sendiri di mana mereka meletakkan diri mereka sebahagian dalam situasi yang sedang dikaji. Kajian Tindakan ini boleh dilakukan di mana sahaja iaitu di institusi, rumah atau sekolah. Kajian tindakan ini juga boleh dilakukan secara individu mahupun kolektif.


Rekabentuk Kajian Tindakan


Proses-proses yang terlibat dalam kajian tindakan ialah:-
  • memerhati
  • mereflek
  • bertindak
  • menilai
  • penambahbaikan

Proses-proses ini bergerak dalam satu kitaran dan seterusnya akan masuk kitaran yang baru sekiranya hasil yang diperolehi tidak mencapai objektif yang dikehendaki. Oleh kerana proses yang yang terlibat berlaku dalam kitaran yang berterusan, ia lebih dikenali sebagai kitar tindakan-refleksi. Proses ini berlaku secara berterusan kerana ia sentiasa mencari penyelesaian terbaik. Selepas tercapai objektif tersebut, muncul pula soalan baru yang melibatkan kajian tersebut dan kajian diteruskan lagi dengan kitaran berikutnya.

Masa, peralatan (bahan) dan individu yang terlibat dikategorikan sebagai sumber dalam kajian tindakan. Sampel dan tempat yang digunakan untuk kajian tindakan adalah bergantung kepada soalan kajian tindakan yang telah dibentuk.


Mengapa guru perlu buat Kajian Tindakan
  • Digunakan sebagai penambahbaikan kepada keadaan sosial dan peribadi penkaji.
  • Merupakan salah satu metadologi untuk penambahbaikan sosial dalam dunia sebenar.
  • Untuk menghasilkan teori kehidupan tentang bagaimana amalan pembelajaran dapat diperbaiki dan juga pembentukan amalan yang baru.

Prosedur Kajian Tindakan

a) Kenalpasti isu atau masalah dan tukarkan isu tersebut kepada soalan kajian tindakan.

b) Kenalpasti mengapa ia adalah suatu isu. Adakah isu tersebut sangat penting dalam situasi pengkaji?

c) Apakah pengalaman yang dapat menunjukkan bahawa isu tersebut perlu dititikberatkan dan mencari sebarang data menunjukkan isu tersebut sangat bernilai dan perlu diambil tindakan.

d) Apakah yang perlu dilakukan untuk memperbaiki situasi tersebut. Cari langkah-langkah penyelesaian untuk isu tersebut.

e) Pilih hanya satu langkah penyelesaian yang terbaik dan diikuti dengan tindakan. Pastikan samada tindakan tersebut berjaya ataupun tidak. Sekiranya tidak berjaya, cari jalan penyelesaian yang lain.

f) Pengumpulan data bagi fasa yang kedua dilakukan. Pastikan teknik apa yang akan digunakan dan di mana pengumpulan data dilakukan.

g) Membuat pertimbangan samada objektif tercapai ataupun tidak.

h) Kenalpasti kesimpulan yang dibuat adalah sesuai dan tepat.

i) Menilai kesahan terhadap kajian yang dilakukan.

j) Pengubahsuaian terhadap amalan dan idea setelah penilaian dilakukan.


Teknik Pengumpulan Data

Data adalah sebahagian bahan kajian yang dikumpul yang berkaitan dengn kajian. Data yang ingin dikumpul adalah berdasarkan kepada soalan kajian yang telah dibina. Soalan kajian tersebut mestilah sentiasa mempunyai kaitan dengan idea untuk penambahbaikan.

Pengumpulan data
- Melibatkan beberapa proses seperti:
  • kenalpasti di mana dan bila mula dicari
  • pemerhatian
  • merekod
  • penyimpanan dan penyusunan data
#Teknik pemerhatian dan pengumpulan data untuk memerhati dan merekod sesuatu tindakan ialah:-
  • nota lapangan
  • kertas rekod dan jadual pemerhatian
# Teknik pemerhatian dan pengumpulan data untuk memerhati dan merekod pembelajaran ialah:-
  • bahan penulisan
  • catatan diari dan log peribadi
  • soal selidik
  • tinjauan
  • temubual
Tempat pengumpulan data
  • Arkib dokumen
  • Tempat kajian
  • Hasil kerja responden
  • video
Penyusunan dan penyimpanan data

Data dikumpul untuk menghasilkan bukti. Kemudian, data disimpan ke dalam beberapa kategori yang diperlukan dan diletakkan di dalam file atau bekas yang berbeza. Penyusunan dilakukan berdasarkan sistem pengkodkan tertentu contohnya, pengkodan mengikut warna. Ini akan memudahkan penyimpanan dan pencarian data yang diperlukan pada masa akan datang. Selain itu, ia juga dapat menimatkan masa penkaji.

Rujukan

Rujukan bagi setiap kajian perpustakaan hendaklah disimpn. Kajian perpustakaan bukanlah data tetapi sebagai petunjuk atau rujukan di mana data dapat dikumpul. Sekiranya terdapat ayat atau pernyataan daripada bahan tersebut ingin digunakan dalam kajian, rujukan iaitu maklumat mengenai bahan tersebut hendaklah dinyatakan.


Teknik Penganalisisan Data


Penganalisisan data dilakukan untuk menghasilkan maklumat. Maklumat merupakan sesuatu yang tidak dikatahui sebelum ini. Maklumat yang dihasilkan melalui kajian tindakan adalah berkaitan dengan teori dan amalan. Data diproses untuk membentuk bukti tentang kajian yang dilakukan. Pemilihan data juga dilakukan di dalam penganalisisan. Data akan diproses melalui kategori-kategori yang telah dibuat.


Etika Dalam Kajian Tindakan


Merupakan salah satu aspek yang penting dalam kajian, bukan sahaja melibatkan perlakuan yang baik malah ia juga melibatkan undang-undang. Bagi etika dalam kajian tindakan ini, terdapat 3 aspek yang perlu dipertimbangkan iaitu:

  • Berbincang bagi mendapatkan hak atau kebenaran melakukan kajian.
Sebelum kajian dimulakan, yang terlibat dalam kajian penyelidik perlu mendapat kebenaran daripada peserta (sampel) secara formal iaitu melalui surat. Bagi peserta yang buta huruf atau mempunyai masalah untuk memahami isi kandungan surat tersebut, penyelidik perlu membaca isi kandungan surat tersebut. Ini sangat penting untuk memastikan kajian yang dilakukan mendapat kebenaran sepenuhnya daripada peserta yang terlibat (sampel yang digunakan). Simpan surat yang telah diedarkan sebagai rujukan pada masa akan datang.
  • Melindungi hak kerahsian sampel yang digunakan.
Pastikan nama atau lokasi yang digunakan sebagai sampel kajian dirahsiakan kecuali mendapat kebenaran ataupun adalah kemahuan mereka sendiri. Sekiranya terdapat individu (sampel) yang digunakan tidak mahu dikenali, sampel akan diberi nombor atau huruf sebagai pengenalan. Contohnya: pelajar 3 atau Sekolah M. Pastikan segala maklumat sulit yang berkaitan dengan sampel yang digunakan dirahsiakan. Peserta diberi kebebasan untuk menarik diri dan bagi peserta yang menarik diri daripada kajian yang dilakukan, segala data yang melibatkan peserta tersebut hendaklah dimusnahkan.
  • Memastikan kepercayaan yang baik
Kita akan mudah bekerjasama dengan sesiapa sahaja sekiranya kita mengekalkan kercayaan yang diberikan oleh orang tersebut dengan baik. Bina reputsi untuk integriti dan peliharalha reputasi tersebut dengan sebaik yang mungkin.


Kebolehpercayaan dan Kesahan Kajian Tindakan


Sesuatu yang dinyatakan di dalam kajian tindakan hendaklah mempunyai bukti untuk mendapatkan kebolehpercayaan. Kebolehpercayaan kajian tindakan ini boleh diukur melalui penilaian secara krtitikal oleh orang ramai. Tidak semestinya kritikan orang ramai adalah betul dan kajian yang dilakukan adalah salah. Apa yang penting, pernyataan yang mempunyai bukti yang nyata tidak akan dipertikaikan.


Penilaian keseluruhan

Buku ini menerangkan secara umum tentang kajian tindakan di mana ia tidak spesifik dalam bidang pendidikan. Namun begitu, contoh yang dikemukakan banyak melibatkan kajian tindakan dalam bidang pendidikan. Bagi pendapat saya, buku ini sangat bagus sebagai panduan kepada sesiapa yang ingin melakukan kajian tindakan terutama kepada orang yang baru sahaja didedahkan dengan kajian tindakan. Ia menerangkan langkah-langkah asas yang penting dalam menjalankan kajian tindakan. Selain itu, pembaca mudah faham bagi setiap teori atau pun prinsip yang dikemukakan kerana terdapat contoh-contoh yang diberikan bagi setiap teori. Selain itu, penerangan juga sangat tersusun dan teratur dari topik kepada topik yang berikutnya.

Tetapi, terdapat sedikit kekurangan dalam buku dalam membincangkan aspek kepercayaan dan kesahan kajian serta teknik penganalisisan data.

0 comments: