CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

June 21, 2009

Pn Nor Sakinah Mohamad (Minggu ke-8)


Analisis Data

  • ialah proses menggunakan data yang memberikan maklumat berguna untuk mencadangkan kesimpulan dan menyokong keputusan. Pastikan sekurang-kurangnya ada 3 atau lebih jenis data untuk dianalisis.
  • Data kualitatif dan kuantitatif boleh dipersembahkan secara grafik untuk membantu analisis.
  • Cari pola dan kategori penamaan, terangkan trend dan pertanyaan, katalogkan, pemerhatian, bilang dan bandingkan dan buat anggaran.

Langkah analisis Data KualitatifLangkah Pertama

Langkah Pertama
  • Tengok secara lalu maklum balas
  • Ambil nota atas tema yang muncul, isu atau faktor yang kamu dengar
  • Cari item yang berulang atau penting
Langkah Kedua
  • Pilih 3 atau 4 tema atau kategori yang muncul dan bina matriks
  • Cuba buat carta bukti berkaitan dengan tema utama
  • Tempatkan tema kategori di atas dan senaraikan pelajar di tepinya
  • Kamu mungkin guna warna kod untuk setiap kategori yang berlainan
Langkah Ketiga
  • Jika boleh, bincang tinjaun dengan pendidik lain
  • Baca tinjauan (soal selidik), highlight kata kunci yang berkaitan dengan tema atau kategori yang telah dikenal pasti
  • Seterusnya rekodkan dapatan dalam kotak bersesuian dalam carta matriks yang kamu bina.
Langkah Keempat
  • Tanya ( apa yang telah saya dapat)
  • Rekod pemerhatian pola yang muncul semasa kamu lihat matriks (pola konsep dan pola sikap)
  • Tulis atau rekodkan pemerhatian bawah matriks (bawah carta matriks)
  • Contoh: 2 orang pelajar (siapa yang cakap banyak). Takut sentiasa disebut beberapa kali.
  • Sokongan bacaan jurnal
Langkah Kelima
  • Apa kesimpulan yang boleh kita buat
  • Rekod kesimpulan samada bawah matriks atau atas kertas yang berlainan
Langkah Keenam
  • Apakah langkah seterusnya yang boleh dibuat?
  • Tinjaun - soal selidik lain, temubual, penilaian
  • Semak semua rekod apa yang dibuat dalm matriks
  • Apakah maklumat yang masih diperlukan - atas pelajar, atas kaedah, maklumat latar belakang dan tajuk.

Kegunaan Data Dalam Plan-Do-Study-Act Cycle

Plan
- nilai dan ringkaskan semua data yang kita ada
- analisis dan kenalpasti tema utama
- kenalpasti sumber data yang akan memberikan ukuran progress penambahbaikan

Do

- kumpul data
- buat kajian rintis untuk pastikan strategi pengukuran dipenuhi

Study

- analisis data yang telah dikumpul dan buat kesimpulan

Act

- kenalpasti soalan tambahan
- rancang untuk penambahbaikan berterusan

  • Kumpul data dan analisis data merupakan proses berterusan dalam penyelidikan tindakan
  • Kita mungkin tidak dapat keputusan yang kita kehendaki, tapi tak usah risau.
  • Dapatan kajian bertujuan untuk beri panduan dan memperbaiki pengajaran kita seterusnya.

June 10, 2009

Hajah Halimah Harun (Minggu ke-6)

Pembentangan Kajian Tindakan yang dibentangkan di Seminar Serantau

Aktiviti ini dilakukan secara berpasangan di mana pelajar dikehendaki memilih Kajian Tindakan yang telah dibentangkan di Seminar Serantau. Kemudian pelajar dikehendaki mengulas tajuk, prosedur yang digunakan, analisis data dan dapatan kajian yang diperolehi bersama pasangan masing-masing. Pembentangan dilakukan untuk dikongsi dengan pelajar lain.


Menyediakan Proposal Kajian Tindakan Secara Berkumpulan

Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang dikehendaki menyediakan proposal kajian tindakan. Ahli kumpulan saya terdiri daripada:-
  1. Ong Chee Kiong
  2. Wan Roziah Wan Endut
  3. Norbahariah Baharin
  4. Radiah Zakaria
  5. Khuzaimah Mohd Daud
Tajuk yang telah dipilih ialah:

Meningkatkan Minat Pelajar Dlam Subjek Geografi Menggunakan Kaedah Permainan - 'Eksplo-Geo'

May 26, 2009

Ulasan Jurnal Fasa 02


Artikel 1 : Using Obserational Data to Provide Performance Feedback to Teachers: A High School Case Study

Artikel 2 : Introducing Undergraduate Medical Teaching Into General Practice: An Action Research Study

Artikel 3 : Developing Capacity for Social and Emotional Growth: An Action Research Project



Sampel

Artikel 1:
  • Pelajar dan guru sains lelaki
Artikel 2:
  • Kakitangan institusi (tempat praktikal) yang terdiri daripada doktor (pengajar), jururawat, pengurus dan pelawat kesihatan serta pesakit.
  • 3 orang pelajar perubatan tahun akhir.
Artikel 3:
  • 24 orang pelajar dan guru
Perbandingan:

Artikel 1 dan 3 mempunyai 2 jenis sampel yang sama iaitu terdiri daripada guru dan pelajar. Manakala bagi artikel 2 sampel yang digunakan melibatkan banyak pihak iaitu kakitangan institut (doktor, pengurus insitut, jururawat, pelawat kesihatan) dan juga pelajar.

Lokasi Kajian

Artikel 1:
  • 3 kelas yang berasingan di sekolah tinggi
Artikel 2:
  • Salah satu institut (sebagai tempat praktikal) di South Wales Valleys
Artikel 3:
  • Bilik Darjah
Perbandingan:

Lokasi kajian dalam artikel 1 dan 3 adalah sama iaitu dilakukan di dalam bilik darjah. Apa yang membezakannya ialah bilangan bilik darjag yang digunakan. Bagi lokasi kajian artikel 2 pula ialah lebih besar kerana ia melibatkan seluruh institut.


Prosedur kajian

Artikel 1: Terdiri daripada 3 kitaran

Pada kitar yang pertama:
  • Kenalpasti masalah melalui pemerhatian (refleksi)
  • Rancang dan bina pelan tindakan
  • Analisis data
  • Penilaian
Pada kitar yang kedua:
  • Refleksi kepada prosedur pemerhatian yang telah dijalankan
  • Analisis data pemerhatian dari kertas laporan - penilaian
  • Rancang pelan tindakan untuk penambahbaikan
  • Pelaksanaan pelan tindakan
Pada kitar yang ketiga:
  • Analisis data pemerhatian bagi kitar pertama dan kedua
  • Refleksi perubahan pada pelan tindakan yang telah dilakukan
  • Penambahbaikan pada pelan tindakan yang lepas
  • Laksanakan
  • Analisis dan penilaian.

Artikel 2:
  • Perbincangan terhadap isu yang dikemukakan di mana penyelidik bertindak sebagai pemerhati dan juga sampel(refleksi).
  • Pelaksanaan perancangan.
  • Penilaian
  • Refleksi
Artikel 3:
  • Kenalpasti masalah dan bukti yang menunjukkan masalah tersebut wujud.
  • Kenalpasti objektif kajian yang ingin dicapai.
  • Rancang tindakan yang akan diambil.
  • Pelaksanaan tindakan.
  • Pemerhatian.
  • Analisis data dan penilaian.
  • Kesimpulan.

Pengumpulan Data dan Penganalisisan Data

Artikel 1:
  • Data dikumpul dalam 3 pembolehubah iaitu jangka masa dalam bilik darjah, tingkahlaku guru dan interaksi dalam kelas.
  • Kertas penilaian yang digunakan untuk kumpul maklumat am individu yang terlibat dalam kajian dan pengurusan rekabentuk pemerhatian secara terus.
  • Borang hasil pemerhatian di dalam kelas bagi setiap 10 sela masa yang dilakukan.
- Semua data pemerhatian sela masa ditabulasikan dalam carta.
- Data dianalisis secara kuantitatif.

Artikel 2:
  • Perbincangan di dalam mesyuarat yang dijalankan sebanyak dua kali iaitu 5 bulan sebelum latihan praktikal dijalankan oleh pelajar perubatan (1 jam 45 minit) dan 12 bulan selepas pelajar menjalankan praktikal di institut tersebut di mana hasil perbincangan direkodkan.
  • Pemerhatian oleh pengkaji
  • Temubual dengan sampel kajian selama 45 minit dimana teknik temubual separa berstruktur dilakukan, direkod secara audio.
Data dianalisis secara kualitatif dengan menggunakan pakej perisian kualitatif QSR N6. Hasil temubual dan mesyuarat yang telah direkodkan diterjemahkan dan juga ditulis dalam bentuk nota. Pengkaji mengadakan beberapa kali perbincangan dan hasil daripada perbincangan tersebut dan data yang diperolehi, mereka telah membentuk satu tema bentuk kerja kajian.

Artikel 3:
  • Hasil yang direkodkan untuk penilaian kemahiran mendengar secara berpasangan pelajar.
  • Soal Selidik guru dan pelajar.
  • Temubual guru dan pelajar.
  • Keputusan penilaian kemahiran mendengar secara berpasangan yang dilakukan selama 3 bulan.
Data dianalisis melalui kualitatif dan kuantatif. Bagi data kuantitatif iaitu keputusan kemahiran mendengar secara berpasangan dianalisa dengan menggunakan ujian ' Wilcoxon signed-rank'.


Kesimpulan

Kajian yang dilakukan dalam artikel 1 dilakukan sebanyak 3 kitaran kerana ingin mencapai objektif kajian yang telah dibuat di mana ia lebih tertumpu kepada data hasil pemerhatian. Oleh itu, prosedur yang digunakan adalah bersesuaian dengan topik yang dipilih. Selain itu, dalam kajian ini juga turut mencadangkan aspek-aspek yang perlu dititikberatkan untuk kajian yang seterusnya. Bagi artikel 2 pula, prosedur dan pengumpulan data yang digunakan adalah bersesuaian dengan kajian kerana ia melibatkan banyak pihak. Oleh itu, kaedah yang paling sesuai digunakan adalah temubual. Namun demikian, dalam kajian ini sampel pelajar adalah sangat sedikit jika dibandingkan dengan keadaan yang sebenar. Oleh itu, kajian lanjut perlu dijalankan untuk mengenalpasti masalah serta penambahbaikan akan dapat dilakukan. Kajian dalam artikel 3 pula merupakan kajian kolaboratif di mana prosedur yang digunakan adalah bersesuai dengan topik kajian. Gambaran yang jelas pelaksanaan kajian juga ditunjukkan dalam bentuk gambarajah. Namun demikian, ada juga kekurangan di mana prosedur bagi integrasi kemahiran kooperatif di antara pelajar tidak diterangkan dengan jelas tetapi lebih tertumpu kepada hasil data yang diperolehi.

May 24, 2009

Tugasan Dua: Ulasan jurnal


Terdapat 3 jurnal yang telah dipilih iaitu:



Artikel 01

Tajuk: Using Obserational Data to Provide Performance Feedback to Teachers: A High School Case Study
Tahun: 2009

Penulis: Geoff Calvin, K. Brigid, George Sugai, and James Monegan.


Artikel 02

Tajuk: Introducing Undergraduate Medical Teaching Into General Practice: An Action Research Study
Tahun: 2006

Penulis: Andy Grant & Michael Robling


Artikel 03

Tajuk: Developing Capacity for Social and Emotional Growth: An Action Research Project

Tahun: 2007

Penulis: Mary Doveston


Tugasan Satu: Ulasan Buku

Nama Pengarang : Jean McNiff & Jack Whitehead
Tahun Terbitan : 2006
Tajuk Buku : All You Need To Know About Action Research
Negeri Penerbit : London. Thousand Oaks. New Delhi
Nama Penerbit : SAGE Publications


Konsep
Kajian Tindakan

Kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri yang membolehkan seseorang menilai dan menyiasat hasil kerja mereka sendiri. Ia juga merupakan satu pembelajaran profesional. Kajian tindakan tidak terhad kepada orang tertentu sahaja dimana sesiapa sahaja boleh melakukan kajian tindakan. Pengkaji akan mengkaji diri mereka sendiri di mana mereka meletakkan diri mereka sebahagian dalam situasi yang sedang dikaji. Kajian Tindakan ini boleh dilakukan di mana sahaja iaitu di institusi, rumah atau sekolah. Kajian tindakan ini juga boleh dilakukan secara individu mahupun kolektif.


Rekabentuk Kajian Tindakan


Proses-proses yang terlibat dalam kajian tindakan ialah:-
  • memerhati
  • mereflek
  • bertindak
  • menilai
  • penambahbaikan

Proses-proses ini bergerak dalam satu kitaran dan seterusnya akan masuk kitaran yang baru sekiranya hasil yang diperolehi tidak mencapai objektif yang dikehendaki. Oleh kerana proses yang yang terlibat berlaku dalam kitaran yang berterusan, ia lebih dikenali sebagai kitar tindakan-refleksi. Proses ini berlaku secara berterusan kerana ia sentiasa mencari penyelesaian terbaik. Selepas tercapai objektif tersebut, muncul pula soalan baru yang melibatkan kajian tersebut dan kajian diteruskan lagi dengan kitaran berikutnya.

Masa, peralatan (bahan) dan individu yang terlibat dikategorikan sebagai sumber dalam kajian tindakan. Sampel dan tempat yang digunakan untuk kajian tindakan adalah bergantung kepada soalan kajian tindakan yang telah dibentuk.


Mengapa guru perlu buat Kajian Tindakan
  • Digunakan sebagai penambahbaikan kepada keadaan sosial dan peribadi penkaji.
  • Merupakan salah satu metadologi untuk penambahbaikan sosial dalam dunia sebenar.
  • Untuk menghasilkan teori kehidupan tentang bagaimana amalan pembelajaran dapat diperbaiki dan juga pembentukan amalan yang baru.

Prosedur Kajian Tindakan

a) Kenalpasti isu atau masalah dan tukarkan isu tersebut kepada soalan kajian tindakan.

b) Kenalpasti mengapa ia adalah suatu isu. Adakah isu tersebut sangat penting dalam situasi pengkaji?

c) Apakah pengalaman yang dapat menunjukkan bahawa isu tersebut perlu dititikberatkan dan mencari sebarang data menunjukkan isu tersebut sangat bernilai dan perlu diambil tindakan.

d) Apakah yang perlu dilakukan untuk memperbaiki situasi tersebut. Cari langkah-langkah penyelesaian untuk isu tersebut.

e) Pilih hanya satu langkah penyelesaian yang terbaik dan diikuti dengan tindakan. Pastikan samada tindakan tersebut berjaya ataupun tidak. Sekiranya tidak berjaya, cari jalan penyelesaian yang lain.

f) Pengumpulan data bagi fasa yang kedua dilakukan. Pastikan teknik apa yang akan digunakan dan di mana pengumpulan data dilakukan.

g) Membuat pertimbangan samada objektif tercapai ataupun tidak.

h) Kenalpasti kesimpulan yang dibuat adalah sesuai dan tepat.

i) Menilai kesahan terhadap kajian yang dilakukan.

j) Pengubahsuaian terhadap amalan dan idea setelah penilaian dilakukan.


Teknik Pengumpulan Data

Data adalah sebahagian bahan kajian yang dikumpul yang berkaitan dengn kajian. Data yang ingin dikumpul adalah berdasarkan kepada soalan kajian yang telah dibina. Soalan kajian tersebut mestilah sentiasa mempunyai kaitan dengan idea untuk penambahbaikan.

Pengumpulan data
- Melibatkan beberapa proses seperti:
  • kenalpasti di mana dan bila mula dicari
  • pemerhatian
  • merekod
  • penyimpanan dan penyusunan data
#Teknik pemerhatian dan pengumpulan data untuk memerhati dan merekod sesuatu tindakan ialah:-
  • nota lapangan
  • kertas rekod dan jadual pemerhatian
# Teknik pemerhatian dan pengumpulan data untuk memerhati dan merekod pembelajaran ialah:-
  • bahan penulisan
  • catatan diari dan log peribadi
  • soal selidik
  • tinjauan
  • temubual
Tempat pengumpulan data
  • Arkib dokumen
  • Tempat kajian
  • Hasil kerja responden
  • video
Penyusunan dan penyimpanan data

Data dikumpul untuk menghasilkan bukti. Kemudian, data disimpan ke dalam beberapa kategori yang diperlukan dan diletakkan di dalam file atau bekas yang berbeza. Penyusunan dilakukan berdasarkan sistem pengkodkan tertentu contohnya, pengkodan mengikut warna. Ini akan memudahkan penyimpanan dan pencarian data yang diperlukan pada masa akan datang. Selain itu, ia juga dapat menimatkan masa penkaji.

Rujukan

Rujukan bagi setiap kajian perpustakaan hendaklah disimpn. Kajian perpustakaan bukanlah data tetapi sebagai petunjuk atau rujukan di mana data dapat dikumpul. Sekiranya terdapat ayat atau pernyataan daripada bahan tersebut ingin digunakan dalam kajian, rujukan iaitu maklumat mengenai bahan tersebut hendaklah dinyatakan.


Teknik Penganalisisan Data


Penganalisisan data dilakukan untuk menghasilkan maklumat. Maklumat merupakan sesuatu yang tidak dikatahui sebelum ini. Maklumat yang dihasilkan melalui kajian tindakan adalah berkaitan dengan teori dan amalan. Data diproses untuk membentuk bukti tentang kajian yang dilakukan. Pemilihan data juga dilakukan di dalam penganalisisan. Data akan diproses melalui kategori-kategori yang telah dibuat.


Etika Dalam Kajian Tindakan


Merupakan salah satu aspek yang penting dalam kajian, bukan sahaja melibatkan perlakuan yang baik malah ia juga melibatkan undang-undang. Bagi etika dalam kajian tindakan ini, terdapat 3 aspek yang perlu dipertimbangkan iaitu:

  • Berbincang bagi mendapatkan hak atau kebenaran melakukan kajian.
Sebelum kajian dimulakan, yang terlibat dalam kajian penyelidik perlu mendapat kebenaran daripada peserta (sampel) secara formal iaitu melalui surat. Bagi peserta yang buta huruf atau mempunyai masalah untuk memahami isi kandungan surat tersebut, penyelidik perlu membaca isi kandungan surat tersebut. Ini sangat penting untuk memastikan kajian yang dilakukan mendapat kebenaran sepenuhnya daripada peserta yang terlibat (sampel yang digunakan). Simpan surat yang telah diedarkan sebagai rujukan pada masa akan datang.
  • Melindungi hak kerahsian sampel yang digunakan.
Pastikan nama atau lokasi yang digunakan sebagai sampel kajian dirahsiakan kecuali mendapat kebenaran ataupun adalah kemahuan mereka sendiri. Sekiranya terdapat individu (sampel) yang digunakan tidak mahu dikenali, sampel akan diberi nombor atau huruf sebagai pengenalan. Contohnya: pelajar 3 atau Sekolah M. Pastikan segala maklumat sulit yang berkaitan dengan sampel yang digunakan dirahsiakan. Peserta diberi kebebasan untuk menarik diri dan bagi peserta yang menarik diri daripada kajian yang dilakukan, segala data yang melibatkan peserta tersebut hendaklah dimusnahkan.
  • Memastikan kepercayaan yang baik
Kita akan mudah bekerjasama dengan sesiapa sahaja sekiranya kita mengekalkan kercayaan yang diberikan oleh orang tersebut dengan baik. Bina reputsi untuk integriti dan peliharalha reputasi tersebut dengan sebaik yang mungkin.


Kebolehpercayaan dan Kesahan Kajian Tindakan


Sesuatu yang dinyatakan di dalam kajian tindakan hendaklah mempunyai bukti untuk mendapatkan kebolehpercayaan. Kebolehpercayaan kajian tindakan ini boleh diukur melalui penilaian secara krtitikal oleh orang ramai. Tidak semestinya kritikan orang ramai adalah betul dan kajian yang dilakukan adalah salah. Apa yang penting, pernyataan yang mempunyai bukti yang nyata tidak akan dipertikaikan.


Penilaian keseluruhan

Buku ini menerangkan secara umum tentang kajian tindakan di mana ia tidak spesifik dalam bidang pendidikan. Namun begitu, contoh yang dikemukakan banyak melibatkan kajian tindakan dalam bidang pendidikan. Bagi pendapat saya, buku ini sangat bagus sebagai panduan kepada sesiapa yang ingin melakukan kajian tindakan terutama kepada orang yang baru sahaja didedahkan dengan kajian tindakan. Ia menerangkan langkah-langkah asas yang penting dalam menjalankan kajian tindakan. Selain itu, pembaca mudah faham bagi setiap teori atau pun prinsip yang dikemukakan kerana terdapat contoh-contoh yang diberikan bagi setiap teori. Selain itu, penerangan juga sangat tersusun dan teratur dari topik kepada topik yang berikutnya.

Tetapi, terdapat sedikit kekurangan dalam buku dalam membincangkan aspek kepercayaan dan kesahan kajian serta teknik penganalisisan data.

May 18, 2009

Kuliah yang ke-4

Literature Review: Kajian Perpustakaan @ Kajian tinjaun (literature review)

Kajian perpustakaan merupakan langkah yang paling mula-mula perlu diambil untuk melakukan kajian tindakan. Kajian perpustakaan adalah penting untuk memperkukuhkan sesuatu kajian tindakan yang ingin dilakukan. Kajian perpustakaan dilakukan berdasarkan kepada buku, jurnal, artikel seminar dan laporan di mana ia melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi.

Kepentingan

- dapat membandingkan dengan orang lain
- dapat mengelakkan kelemahan yang sama dilakukan
- menambahbaik teknik yang telah sedia ada


Proses-proses yang terlibat dalam kajian perpustakaan ialah:
  1. Membanding-beza
  2. Menganalisis
  3. Menilai
  4. Membuat kesimpulan
  5. Mensintesis

1. Membanding-beza

Mencari persamaaan dan perbezaan berdasarkan kriteria-kriteria tertentu iaitu ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa. Kemahiran ini digunakan apabila terdapat 2 atau lebih ciri. Membuat pilihan atau kepentingan atau keputusan yang terbaik.


2. Menganalisis

Proses yang paling kompleks kerana melibatkan beberapa kemahiran berfikir. Bahan yang telah dibaca perlu dihubungkaitkan dan dihuraikan kepada bahagian yang lebih ringkas bagi mendalami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat. Selain itu, fakta atau maklumat yang ingin disampaikan dapat difahami dengan lebih jelas.


3. Menilai

Proses membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti dan dalil yang sah. Kemahiran ini digunakan untuk membentuk keputusan bagi memilih sesuat dan terima atau menolak sesuatu idea. Ini kerana, tidak semua maklumat yang diperolehi boleh diterima dan digunapakai didalam sesebuah kajian tindakan.


4. Membuat kesimpulan

Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan. Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, membuat penjelasan, meramal dan menyokong sesuatu pernyataan.

5. Mensintesis

Proses ini adalah menggabungkan idea, item atau unsur untuk membentuk sebuah gambaran secara menyeluruh samada dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan atau artifak.

May 11, 2009

AKTIVITI 3( KUMPULAN)

Mengapa individu menentang perubahan dan bagaimanakah penyelesaiannya?

8 sebab mengapa individu menentang perubahan

1) takut kepada risiko kegagalan pada perubahan yang dilakukan

2) individu tidak yakin untuk melakukan perubahan

3) individu berasa selesa dengan situasi sedia ada dan tiada motivasi untuk berubah

4) individu salah faham mengenai konsep perubahan

5) individu malas berusaha untuk merancang dan melaksanakan perubahan ke arah peningkatan

6) individu kurang pengetahuan mengenai perubahan yang berlaku

7) individu berfikiran negatif dengan menganggap perubahan akan mengganggu kehidupan mereka

8) individu takut berhadapan dengan persepsi negatif masyarakat sekeliling jika berlaku perubahan

Penyelesaian
Bulleted List

  • pengetahuan dan penerangan yang jelas mengenai konsep perubahan perlu diberikan kepada individu
  • meningkatkan keyakinan dalam diri supaya berani berhadapan dengan perubahan
  • perancangan yang teliti untuk berubah
  • berfikiran positif dan optimis terhadap perubahan yang berlaku
  • menjadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran untuk mencapai yang lebih baik.

Disediakan bersama,
Norbahariah Baharin
Ong Chee Kiong