CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

May 10, 2009

KULIAH 3-PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

Konsep perubahan dalam pendidikan.

  • Bidang pendidikan telah, sedang, dan akan menjadi faktor utama untuk menyediakan manusia menghadapi cabaran masa hadapan.
  • Perubahan dalam pendidikan tidak dapat dielakkan kerana pendidikan bersifat dinamik dan tidak statik.
  • Ia sentiasa berubah disebabkan ilmu sentiasa berkembang melalui penyelidikan ataupun kajian
  • Menurut Oliver (1996) perubahan didapati lebih menggambarkan ciri -ciri pendidikan berbanding kestabilan.Ini kerana bidang pendidikan berurusan dengan manusia yang mempunyai sifat akan mengalami perubahan setiap hari.
JENIS-JENIS PERUBAHAN

Mengikut Dessler (1995), terdapat 4 jenis perubahan:

1. Perubahan ke arah peningkatan
-Perubahan ini memberi kesan kepada komponen-komponen tertentu dalam organisasi tertentu.Contohnya berlaku perubahan dalam struktur organisasi.

2. Perubahan strategik organisasi
- Organisasi berubah disebabkan persekitaran.Contohnya perubahan visi dan misi organisasi atau mendefinisi semula peranan organisasi.

3. Perubahan relatif
- Berlaku akibat tindak balas langsung daripada pihak pelanggan dan pihak berkepentingan (stakeholder).kepekaan pelanggan dan stakeholder terhadap isu-isu persekitaran dan etika memerlukan organisasi melakukan perubahan.Contohnya,PPSMI diwujudkan kerana pasaran kerja pada zaman ini memerlukan graduan yang boleh berbahasa Inggeris dengan baik.

4. Perubahan akibat daripada jangkaan
-perubahan bukan disebabkan oleh desakan pelanggan tetapi terdapat kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu diadakan perubahan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan kompetitif.Contohnya persiapan menghadapi pesaing yang baru muncul atau persiapan terhadap kemungkinan berlakunya perubahan ke atas kehendak pelanggan.

PERUBAHAN ADALAH KOMPLEKS

Perubahan adalah kompleks apabila dikaitkan dengan proses evolusi dan revolusi
EVOLUSI- Perubahan secara evolusi dikatakan sebagai perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang
REVOLUSI - Perubahan yang pantas dan akan meninggalkan kesan yang membinasakan


PERUBAHAN MULTIDIMENSI

6 dimensi yang perlu difahami:

1.Tujuan perubahan-perubahan peringkat pertama dan kedua

2.Unit perubahan-individu,kumpulan,jabatan,organisasi,sistem organisasi dan komuniti

3.Sifat perubahan

4.Magnitud perubahan

5.Skop perubahan

6.Jangkamasa perubahan

Model-Model perubahan

1. Model penggabungan Roger
2.Model Kanter
3.Model Rand
4. Model ACOT

0 comments: