CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

April 30, 2009

Aktiviti 1: Penambahbaikan dan Matlamat Saya....

Selepas mengikuti Program Bina Insan II (BIG II), penambaikan yang perlu saya lakukan ialah ketepatan masa. Saya dapati, sepanjang perjalanan Program BIG II saya suka menyiapkan sesuatu kerja tidak mengikut waktu yang ditetapkan. Contohnya, ketika aktiviti "jungle trekking" kami diberi sebanyak 5 tugasan dan perlu menyiapkan sepanjang aktiviti tersebut berlansung. Namun demikian, tugasan tersebut disiapkan lambat daripada masa yang telah ditetapkan. Sehingga sekarang, saya masih lagi tidak menepati masa.


Matlamat

Saya ingin menjadi seorang pelajar DPLI dan guru yang sentiasa aktif, bersemangat dan cemerlang.


Objektif Kajian
  • Menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan tepat pada masanya.
  • Menguruskan masa dengan sistematik.

Pelan Tindakan

#Langkah-langkah yang diambil untuk mencapai objektif saya ialah:-
  1. Saya akan menyenaraikan tugasan-tugasan yang diberikan serta tarikh akhir bagi tugasan tersebut.
  2. Saya juga menyediakan satu jadual yang lengkap untuk menguruskan masa saya dengan lebih baik.

#Pengumpulan Data
Saya akan membuat satu senarai semak tentang aktiviti dan tugasan yang telah dilakukan. Selain itu, saya juga boleh meminta pandangan rakan-rakan tentang prestasi ketika melakukan tugasan berkumpulan.


#Memantau pelaksanaan
Saya akan membuat pemantauan atau refleksi kendiri untuk memastikan tindakan yang diambil dapat dilaksanakan dan adalah selaras dengan objektif yang ingin dicapai.

#Penilaian
Setelah tamat tempoh yang telah ditetapkan, saya akan menilai samada objektif yang saya telah tetapkan sudah tercapai ataupun tidak. Ini dapat dilakukan melalui senarai semak segala tugasan dan aktiviti yang dijalankan serta pendapat rakan-rakan. Sekiranya, objektif tidak dapat dicapai melalui langkah-langkah yang telah diambil, saya akan menukar strategi lain bagi memastikan objektif saya tercapai. Pelan tindakan ini akan sentiasa berterusan sehinggalah saya berjaya menemui langkah yang paling berkesan untuk mencapai objektif saya.

0 comments: