CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

April 25, 2009

Kajian Tindakan

Apakah Kajian Tindakan??

Menurut Jean McNiff

"Action research is a term which refers to a practical way of looking at your own work to check that it is as you would like it to be. Because action research is done by you, the practitioner, it is often referred to as practitioner based research; and because it involves you thinking about and reflecting on your work, it can also be called a form of self-reflective practice."

Menurut Mills (2003) Kajian Tindakan adalah sebarang inkuiri yang sistematik yang dilaksanakan oleh guru, kaunselor atau sesiapa sahaja terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran ataupun persekitaran bertujuan untuk mengumpul maklumat. Ia melibatkan bagaimana sesebuah sekolah beroperasi, strategi pengajran dan pembelajaran pelajar. Yang paling penting ialah guru melakukan kajian adalah untuk diri mereka sendiri.

Proses-proses asas dalam Kajian Tindakan terdiri daripada 4 langkah iaitu:-
  1. Kenalpasti masalah
  2. Pengumpulan data
  3. Analisis data
  4. Membentuk rancangan atau tindakan yang akan diambil

(Rujukan: Craig A. Martler. Action Research: Teachers as reseachers in the class, 2005.)

Kajian pendidikan adalah berbentuk kualitatif yang menggunakann data dalam bentuk fakta asal seperti dilihat, didengar atau dibaca. Kajian tindakan dalam pendidikan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis serta bersedia untuk mengubah amalan-amalannya.

Kajian tindakan juga sebagai satu kajian terhadap persekitaran sekolah yang melibatkan warga sekolah itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing. kesimpulannya, Kajian Tindakan adalah "belajar daripada apa yang dibuat.



Tujuan Kajian Tindakan


Untuk melibatkan guru dalam proses penambahbaikan dalam bidang tugasnya. Di antara tujuan kajian tindakan ialah:

  • Menggalakan guru menyelesaikan masalah amalan harian dengan membuat refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan.
  • Menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki dalam kerja mereka dalam kelas untuk membaiki tindakan dan menilai hasil dan keberkesanan usaha itu.
Jenis-jenis Kajian Tindakan

  1. Secara individu
  2. Kolaboratif
  3. Peringkat Sekolah
  4. Peringkat Daerah


Kajian Tindakan secara individu
  • fokus sesuatu isu atau masalah di dalam kelas
  • guru akan mencari jalan penyelesaian bagi masalah tersebut
  • sesuatu masalah dapat dikenal pasti ketika pembelajaran di dalam kelas atau penglibatan pelajar
  • mungkin mendapat sokongan daripada penyelia atau pengetua
  • hasil kajian akan dibentangka dalam mesyuarat, konferen atau penulisan jurnal

Kajian Tindakan secara Kolaboratif
  • melibatkan sekurang-kurangnya 2 orang atau sekumpulan guru yang berminat dalam mengenalpasti sesuatu masalah di dalam kelas atau jabatan
  • masalah tersebut mungkin melibatkan satu kelas atau satu masalah melibatkan beberapa kelas
  • biasanya mendapat sokongan daripada individu luar seperti pihak universiti ataupun komuniti


Kajian Tindakan peringkat Sekolah
  • fokus kepada sesuatu masalah melibatkan semua aspek
  • contohnya: sebuah sekolah mendapati majlis sembahyang hajat bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan kurang mendapat sambutan daripada ibu bapa setiap tahun. oleh itu, pihak sekolah akan kenalpasti masalah dan mencari jalan penyelesaian bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam majlis tersebut.

Kajian Tindakan peringkat Daerah
  • lebih kompleks dan menggunakan banyak sumber
  • kebaikannya adalah dapat memberikan hasil yang sangant memuaskan
  • isu atau masalah mungkin melibatkan sesuatu organisasi, masalah berdasarkan komuniti, atau sesuatu proses dalam membuat keputusan
  • masalah yang dipilih biasanya melibatkan beberapa sekolah di bawah pengurusan









0 comments: