Analisis Data
- ialah proses menggunakan data yang memberikan maklumat berguna untuk mencadangkan kesimpulan dan menyokong keputusan. Pastikan sekurang-kurangnya ada 3 atau lebih jenis data untuk dianalisis.
- Data kualitatif dan kuantitatif boleh dipersembahkan secara grafik untuk membantu analisis.
- Cari pola dan kategori penamaan, terangkan trend dan pertanyaan, katalogkan, pemerhatian, bilang dan bandingkan dan buat anggaran.
Langkah analisis Data KualitatifLangkah Pertama
Langkah Pertama
- Tengok secara lalu maklum balas
- Ambil nota atas tema yang muncul, isu atau faktor yang kamu dengar
- Cari item yang berulang atau penting
- Pilih 3 atau 4 tema atau kategori yang muncul dan bina matriks
- Cuba buat carta bukti berkaitan dengan tema utama
- Tempatkan tema kategori di atas dan senaraikan pelajar di tepinya
- Kamu mungkin guna warna kod untuk setiap kategori yang berlainan
- Jika boleh, bincang tinjaun dengan pendidik lain
- Baca tinjauan (soal selidik), highlight kata kunci yang berkaitan dengan tema atau kategori yang telah dikenal pasti
- Seterusnya rekodkan dapatan dalam kotak bersesuian dalam carta matriks yang kamu bina.
- Tanya ( apa yang telah saya dapat)
- Rekod pemerhatian pola yang muncul semasa kamu lihat matriks (pola konsep dan pola sikap)
- Tulis atau rekodkan pemerhatian bawah matriks (bawah carta matriks)
- Contoh: 2 orang pelajar (siapa yang cakap banyak). Takut sentiasa disebut beberapa kali.
- Sokongan bacaan jurnal
- Apa kesimpulan yang boleh kita buat
- Rekod kesimpulan samada bawah matriks atau atas kertas yang berlainan
- Apakah langkah seterusnya yang boleh dibuat?
- Tinjaun - soal selidik lain, temubual, penilaian
- Semak semua rekod apa yang dibuat dalm matriks
- Apakah maklumat yang masih diperlukan - atas pelajar, atas kaedah, maklumat latar belakang dan tajuk.
Kegunaan Data Dalam Plan-Do-Study-Act Cycle
Plan
- nilai dan ringkaskan semua data yang kita ada
- analisis dan kenalpasti tema utama
- kenalpasti sumber data yang akan memberikan ukuran progress penambahbaikan
Do
- kumpul data
- buat kajian rintis untuk pastikan strategi pengukuran dipenuhi
Study
- analisis data yang telah dikumpul dan buat kesimpulan
Act
- kenalpasti soalan tambahan
- rancang untuk penambahbaikan berterusan
- Kumpul data dan analisis data merupakan proses berterusan dalam penyelidikan tindakan
- Kita mungkin tidak dapat keputusan yang kita kehendaki, tapi tak usah risau.
- Dapatan kajian bertujuan untuk beri panduan dan memperbaiki pengajaran kita seterusnya.