CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

April 30, 2009

Aktiviti 1: Penambahbaikan dan Matlamat Saya....

Selepas mengikuti Program Bina Insan II (BIG II), penambaikan yang perlu saya lakukan ialah ketepatan masa. Saya dapati, sepanjang perjalanan Program BIG II saya suka menyiapkan sesuatu kerja tidak mengikut waktu yang ditetapkan. Contohnya, ketika aktiviti "jungle trekking" kami diberi sebanyak 5 tugasan dan perlu menyiapkan sepanjang aktiviti tersebut berlansung. Namun demikian, tugasan tersebut disiapkan lambat daripada masa yang telah ditetapkan. Sehingga sekarang, saya masih lagi tidak menepati masa.


Matlamat

Saya ingin menjadi seorang pelajar DPLI dan guru yang sentiasa aktif, bersemangat dan cemerlang.


Objektif Kajian
  • Menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan tepat pada masanya.
  • Menguruskan masa dengan sistematik.

Pelan Tindakan

#Langkah-langkah yang diambil untuk mencapai objektif saya ialah:-
  1. Saya akan menyenaraikan tugasan-tugasan yang diberikan serta tarikh akhir bagi tugasan tersebut.
  2. Saya juga menyediakan satu jadual yang lengkap untuk menguruskan masa saya dengan lebih baik.

#Pengumpulan Data
Saya akan membuat satu senarai semak tentang aktiviti dan tugasan yang telah dilakukan. Selain itu, saya juga boleh meminta pandangan rakan-rakan tentang prestasi ketika melakukan tugasan berkumpulan.


#Memantau pelaksanaan
Saya akan membuat pemantauan atau refleksi kendiri untuk memastikan tindakan yang diambil dapat dilaksanakan dan adalah selaras dengan objektif yang ingin dicapai.

#Penilaian
Setelah tamat tempoh yang telah ditetapkan, saya akan menilai samada objektif yang saya telah tetapkan sudah tercapai ataupun tidak. Ini dapat dilakukan melalui senarai semak segala tugasan dan aktiviti yang dijalankan serta pendapat rakan-rakan. Sekiranya, objektif tidak dapat dicapai melalui langkah-langkah yang telah diambil, saya akan menukar strategi lain bagi memastikan objektif saya tercapai. Pelan tindakan ini akan sentiasa berterusan sehinggalah saya berjaya menemui langkah yang paling berkesan untuk mencapai objektif saya.

Proses Menjalankan Kajian Tindakan...

Pada asasnya, Kajian Tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan melibatkan peringkat iaitu:
  1. merancang
  2. bertindak
  3. memerhati
  4. mereflek


Proses-proses:-

1. Merancang: Sebelum melaksanakan Kajian Tindakan, penyelidik perlu membuat perancangan.

2. Tentukan aktiviti-aktiviti dan tempoh jangka masa pelaksanaan bagi menangani masalah yang dikenalpasti. Setiap satu masalah yang dikenalpasti mungkin perlukan satu atau lebih aktiviti.

3. Memastikan langkah-langkah dan bahan-bahan yang akan digunakan untuk menjalankan aktiviti.
Contonya: menjalankan aktiviti secara individu atau berkumpulan.

4. Tentukan langkah-langkah dan cara penilaian aktiviti yang akan dijalankan.
Contohnya: cara penialaian-pemerhatian, kumpulan sasaran-pelajar, guru.

5. Analisa keputusan atau dapatan dan mereflek keberkesanan aktiviti yang dilakukan.

6. Bertindak (melaksanakan aktiviti)
Penyelidik melaksanakan rancangan mengikut apa yang dirancang.

7. Pemerhatian (mengumpul bukti)
Pengumpulan maklumat boleh dilakukan melalui pemerhatian, temubual, soal selidik, ujian dan latihan serta analisis dokumen.

8. Mereflek (analisa dan refleksi)
Refleksi adalah untuk mentafsir apa yang telah dilksankan. Refleksi juga boleh berlaku semasa dan selepas kajian. Data dan maklumat yang dikumpul, diproses, ditaksir dan digunapakai.


April 25, 2009

Kajian Tindakan

Apakah Kajian Tindakan??

Menurut Jean McNiff

"Action research is a term which refers to a practical way of looking at your own work to check that it is as you would like it to be. Because action research is done by you, the practitioner, it is often referred to as practitioner based research; and because it involves you thinking about and reflecting on your work, it can also be called a form of self-reflective practice."

Menurut Mills (2003) Kajian Tindakan adalah sebarang inkuiri yang sistematik yang dilaksanakan oleh guru, kaunselor atau sesiapa sahaja terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran ataupun persekitaran bertujuan untuk mengumpul maklumat. Ia melibatkan bagaimana sesebuah sekolah beroperasi, strategi pengajran dan pembelajaran pelajar. Yang paling penting ialah guru melakukan kajian adalah untuk diri mereka sendiri.

Proses-proses asas dalam Kajian Tindakan terdiri daripada 4 langkah iaitu:-
  1. Kenalpasti masalah
  2. Pengumpulan data
  3. Analisis data
  4. Membentuk rancangan atau tindakan yang akan diambil

(Rujukan: Craig A. Martler. Action Research: Teachers as reseachers in the class, 2005.)

Kajian pendidikan adalah berbentuk kualitatif yang menggunakann data dalam bentuk fakta asal seperti dilihat, didengar atau dibaca. Kajian tindakan dalam pendidikan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis serta bersedia untuk mengubah amalan-amalannya.

Kajian tindakan juga sebagai satu kajian terhadap persekitaran sekolah yang melibatkan warga sekolah itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing. kesimpulannya, Kajian Tindakan adalah "belajar daripada apa yang dibuat.



Tujuan Kajian Tindakan


Untuk melibatkan guru dalam proses penambahbaikan dalam bidang tugasnya. Di antara tujuan kajian tindakan ialah:

  • Menggalakan guru menyelesaikan masalah amalan harian dengan membuat refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan.
  • Menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki dalam kerja mereka dalam kelas untuk membaiki tindakan dan menilai hasil dan keberkesanan usaha itu.
Jenis-jenis Kajian Tindakan

  1. Secara individu
  2. Kolaboratif
  3. Peringkat Sekolah
  4. Peringkat Daerah


Kajian Tindakan secara individu
  • fokus sesuatu isu atau masalah di dalam kelas
  • guru akan mencari jalan penyelesaian bagi masalah tersebut
  • sesuatu masalah dapat dikenal pasti ketika pembelajaran di dalam kelas atau penglibatan pelajar
  • mungkin mendapat sokongan daripada penyelia atau pengetua
  • hasil kajian akan dibentangka dalam mesyuarat, konferen atau penulisan jurnal

Kajian Tindakan secara Kolaboratif
  • melibatkan sekurang-kurangnya 2 orang atau sekumpulan guru yang berminat dalam mengenalpasti sesuatu masalah di dalam kelas atau jabatan
  • masalah tersebut mungkin melibatkan satu kelas atau satu masalah melibatkan beberapa kelas
  • biasanya mendapat sokongan daripada individu luar seperti pihak universiti ataupun komuniti


Kajian Tindakan peringkat Sekolah
  • fokus kepada sesuatu masalah melibatkan semua aspek
  • contohnya: sebuah sekolah mendapati majlis sembahyang hajat bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan kurang mendapat sambutan daripada ibu bapa setiap tahun. oleh itu, pihak sekolah akan kenalpasti masalah dan mencari jalan penyelesaian bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam majlis tersebut.

Kajian Tindakan peringkat Daerah
  • lebih kompleks dan menggunakan banyak sumber
  • kebaikannya adalah dapat memberikan hasil yang sangant memuaskan
  • isu atau masalah mungkin melibatkan sesuatu organisasi, masalah berdasarkan komuniti, atau sesuatu proses dalam membuat keputusan
  • masalah yang dipilih biasanya melibatkan beberapa sekolah di bawah pengurusan